Monday, October 18, 2010

Tanda2 Lelaki Sayang Kamu...

18 October 2010

Apabila lelaki jatuh cinta & setia dgn kekasihnya dgn ikhlas , perubahan sikap mereka dapat dilihat dgn jelas..Hati yg selama ini keras tiba2 menjadi lembut seperti kapas..Kalau da mabuk cinta mereka sanggup berkorban ape sahaja untuk kekasih hati..Sekeras mana pun hati lelaki mereka pasti mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai..Namun kaum wanita jgn lah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yg dilakukan...

Sekiranya lelaki sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu bersungguh2 dgn rela hati..Maka kamu tidak silap dalam memilh teman hidup..Ini menunjukkan malah menjelaskan perkara sebenar bahawa die bukanlah berdampingan dgn mu semata2 untuk suka2 @ mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta..Betapa bertuahnya dirimu..

Die akan sentiasa buat hatimu senang & terhibur..Itu tandanya die inginkan 1 perhubungan yg serius..Tidak hairan la jika die sentiasa inginkan suasana ceria setia kali berdampingan dgn anda (kerana die menganggap anda istimewa dlm hidupnya)..

Die akan sentiasa menasihati kamu kerana die tidak mahu perhubungan yg terjalin menghadapi masalah..Itu tandanya die menyayangi kamu & mengambil berat pasal kamu..Jangan pula kamu menganggap die kuat membebel jadi cubalah dgr ape yg di nasihati..

Kadang2 die akan berperangai x ubah seperti kanak2 kecil semata2 untuk mendapat perhatianmu..Die mahu bermanja & ingin kamu melayan die lebih dari org lain..Kalau die merajuk sesekali cuba la pujuk..Jangan cakap die mengada2 pulak..Bukan mudah lelaki untuk mengubah perwatakan menjadi manja mcm tu..Cuma untuk anda sahaja..Lucu kan..

Kalau kamu ade masalah , die la org pertama yg membantu..Itu tandanya die tidak mahu melihat kamu susah & berasa bertanggungjawab terhadap kamu..Semua yg dilakukan dgn rela hati tanpa paksaan mahupun arahan dari kamu..Yang penting masalah kamu settle..

Kalau kamu berjauhan dari die untuk tempoh yg lama ( outstation ) , tiba2 die tak tentu arah dan x senang ddk..Itu tandanya die merindui & menyayangi kamu..So kamu x perlu lg meragui kesetiaannya..

Die sanggup menitiskan airmatanya untuk kamu..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang perempuan..Tidakkah kamu terharu seseorang menitiskan airmata semata2 untuk kamu..Terlalu kuat cintanya terhadap kamu..

Die bukan sempurna..Sesekali die pasti melakukan kesalahan & kamu kecik hati..Sokonglah kalau die ingin berubah ke arah kebaikan..Bg die masa untuk berubah..Bukan senang untuk berubah..Janganlah kamu cari pengganti semata2 kerana kamu kecik hati..Pasti ke pengganti die tu leh bahagiakan kamu!

Die akan lebih mementingkan diri kamu lebih dari dirinya..Kadang2 die xmkn pun xpe semata2 nk kamu senang..Pengorbanan yg agak besar..Jadi hargailah lelaki yg menyayangimu & terimalah die seadanya..

Setiap pasangan ade kelebihan & kekurangan masing2..Kalau kamu rasa die banyak kekurangan & selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti , cakap kamu da xde hati & xserasi..Diri kamu bagaimana??Adakah kamu manusia sempurna xpernah buat silap??Kamu xpernah sakitkan hati die??

Jangan sesekali membiarkan ego menguasai perasaan..Kelak kamu pasti menyesal..Mungkin pasangan kita xsempurna tetapi kalau kita dapat rasa keikhlasannya alangkah bagusnya..Ikhlas xboleh dilihat dgn mata tetapi boleh dirasa dgn hati..


Post Via my pon Burok @-@

No comments:

Post a Comment