Friday, October 15, 2010

5 Cara Untuk Mengikis Sifat Takbur

Takbur adalah sifat yang tidal elok dan ditegah oleh agama kita islam..5 cara ni InsyaALLAH dapat menolong kita mengikis sifat takbur..

1)Apabila kita bersuara dgn anak2 kecil , maka kita anggaplah yg sebenarnya dia lebih mulia & bersih daripada kita kerana mereka masih belum menpunyai dosa2 berbanding kita yg dewasa..

2)Apabila kita bersuara dgn org tua pula , maka kita anggaplah yg sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada ALLAH dari kita..

3)Apabila kita bersuara dgn org alim pula , maka kita anggaplah yg sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yg beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya..

4)Apabila kita bersuara dgn org jahil pula , maka kita anggaplah yg sebenarnya dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya , sedangkan kita berdosa Akan tetapi memiliki ilmu pula dgn sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yg mana satu perkara baik Dan buruk..

5)Apabila kita bersuara dgn org kafir pula , katakanlah dalam hati bahawa satu hari nanti mungkin dia Akan insaf dan Akan memeluk Islam.Maka semua dosa yg dilakukan sebelum dia masuk Islam Akan diampunkan ALLAH SWT.Sedangkan kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan ALLAH yg bakal tiba kelak..

post via my pon burok @_@

No comments:

Post a Comment